Friday, May 23, 2014

mainan hati.

Assalamualaikum pondok.selawat dan salam buat nabi junjungan, Rasulullah s.a.w.
berhabuknya pondok ni.lama mak tak kemas.Maaf, bukan mak malas, cuma mak mmg dah tak hingat mak masih ada pondok yang dulu setia dengar ketukan jari jemari mak.hihi.bajet.

Masuk cuti sem & alhamdulillah.
Bertalu-talu undangan jempotan aku terima. Kawan solah rendah sampai ke menengah, sampai ke maktab pun ramai sudah menamatkan zaman bujangnya.

woi.tipu kalo aku kata aku tak terasa jeles. :)
Tapi perbincangan dengan seorang kakak super saiya sebelum lena haritu, buat aku betul-betul sedar yang kahwin nih bukan perkara main-main,
cam main pepondok dengan kawan2 uli2 tepung campur pasir zaman kecik-kecik dulu.
cam main kawin-kawin yang aku jelah jadi pengapitnya tak pernah jadi pengantin dolu2 tu.

kahwin,nikah, bukan untuk ikut trend zai.

dia kata gitu.Aaah kak, kte tengok mcm trending jerr kawin awal ni. hehe.
dan orang-orang yang Allah sedia pilih untuk melangsungkan pernikahan tu semuanya orang-orang yang toingtoing aku salute, sebab berani memikul satu amanah yang besar.

Bagi aku, tak salah nak kawin awal. Nabi pun anjurkan.Allah sendiri berfirman kan. Kalau tak ada rezeki, nanti Allah cukupkan. but itulah. merasakan tanggungjawab besar dan amanah yang aku pikul sebagai anak belum terlaksana sebaiknya.Aku nak, insyaAllah nanti bila aku dah jadi isteri, aku mampu galas tanggungjawab sbgai anak dengan lebih baik. so dengan itu, persediaan sangat sangat penting sebelum aku berkongsi hidup dengan seorang asing dunianya dengan aku.

Aku mengharapkan.
Kita sama-sama baiki diri.
Kita sama-sama menguatkan untuk menjadi lebih taat pada Dia.
Susah woo aku nak jaga hati. Susah woo aku nak teruskan apa yang aku cuba ubah dulu.
Mohon. Bantu aku dengan mendoakan aku. Untuk kau jugak, biar Allah canting takdirnya lawa-lawa untuk kita. Kalau ada jodoh, adalah kan.kah2.

ni entri aku tulis berlatarbelakangkann lagu patah hati.
haha.patah hati kemaruk apahal nih,
lamanyaaa tak gilaa kentang kat pondok inii!
ok.sekian.:)
haha.tak memasal.Alhamdulillah ya Allah.Berikan aku hati secerah ini, untuk memulakan misi cutiku yang tak seberapa dan moga Kau redhai. :)



Thursday, April 18, 2013

Praktikum.Masa menabur pahala atau masa sia-sia?

Bismillahirohmanirrohim.
Allahumma solli Ala Muhammad.
Wa ala aalihi wasohbihi Muhammad.

Allahu Allah.
Tetiba saja dah praktikum minggu ketiga. :)

Sekarang, baru aku tahu, mengajar itu bukan mudah.Bukan senang nak jadi cikgu, apetah lagi ustazah.
Ngaa.
Tapi Allah Maha tahu kan, apa yang terbaik untuk hambaNya.
*mata masuk habuk*

ok.
Selalu murobbiah aku pesan.Jadi pendidik adalah satu bonus untuk sebar cinta dan kasih manusia pada Pencipta mereka. Selalu dia pesan. Jadikan adat itu suatu yang bersyariat.

Adat : Mengajar, semata-mata kerana praktikum.Jadi cemerlang sebab nak dapat A utk obseb. Buat bbb sampai subuh sebab nak pengajaran gempak murid suka dan akhirnya murid beri hadiah masa perpisahan.

itu kah kita?Mari tukar jadi bersyariat.
heh.Allah kan kata.
Semua kerja bergantung pada niat.
Mari tukar niat nak mengajar kerana Allah. Nak bagi murid-murid kenal siapa Allah.Apa guna beragama dengan title Islam pada surat beranak kalo datang sekolah tak solat subuh.
Aku jatuh cinta dengan gelaran ustazah.
merasa 'izzah bila orang gelar aku begitu.
Sebab Allah pilih kita untuk jadi jentera penyebar tarbiyah.
Osem hoi.

Semalam aku nages.Merasa berdosa pada murid-murid.Salah aku lah masuk dengan rasa tak ada langsung mood.*berair mata*

Rasulullah tak pernah putus asa pun walau kena macam-macam dengan orang yang yang Baginda ajak.hai.Baru penat sikit dah tak de semangat.Puih betul aku ni.

Oleh itu.Doakan aku semangat selalu.Bukan saja semangat badan.Semangat besar dalam semangat dalam diri.hihi.

Bittaufiq budak sem lima.
lagi lima hari je.Masa untuk tabur dan kaut pahala semankin suntuk.
:)

Sunday, March 10, 2013

Saya Hoshem.Menanges.

Dengan menyebut nama Allah.

Allah, Terimakasih memilih kami. Untuk satu pertanggungjawaban yang berat.Abis berat.Lebih berat berbanding sekawan gajah yang menaiki lori yang bertan-tan beratnya itu.Namun ingatkah ayat ini ;

لا يكلف الله نفس إلا وسعها
Allah takkan membebani seseorang kecuali sesuai dengan kesanggupannya (2:284)

Kau,selagi kau berstatus Islam.
Tanggungjawabmu besar.
Bukan sekadar mengucap dua kalimah suci syahadah.
Solat.
Puasa.
Zakat.
Mengerjakan Haji.

bahkan lebih dari itu.
Bahkan lebih.
Percayalah.

"Mereka, akan meminta tanggungjawab.Atas apa yang kita buat di dunia. Jangan sampai, kerana kita yang dhaif ini, mereka tak tahu pasal Islam. Bahkan dahsyat, mereka jadi benci dan anti-Islam, disebabkan kita yang menjadi duta ini membawa identiti AGAMA ini tidak serius memainkan peranan kita.Akhlak.Tutur kata.Semuanya.Semuanya.Bukan main-main.Bukan gurau-gurau.

Bayangkan saja.Sedang lari-lari oyeh-oyeh hai,marilah anda pimpin tangan saya dan saya pimpin tangan anda, kemari-mari, berlumba sapa sampai dulu kepintu syurga, tetiba ada suara menjerit dari belakang.

Hei!Engkau dulu jiran aku.Tak pernah pun kau ajak aku buat apa yang Allah suruh!
Hei!Engkau dulu kawan sekelas aku.Apesal kau tak pernah beritahu aku pun manisnya hidup bersyariat!
Hei!Sonang lenang kau nak masuk syurga ehh. Dulu, kat dunia, kau tak pernah pun tegah aku buat maksiat!

PANG!
Rasa tak?
Sakitnya.Makan dalam bukan.

Aku belajar sesuatu hari ini. Bahawa dakwah ini memang tak menjanjikan bunga-bunga berguguran disepanjang jalan, dan ditaburi kelopak sementelah kita berjalan atas karpet merah.

Bahawa sesungguhnya, menyertai gerabak ini memerlukan banyak pengorbanan atas segala-galanya.Merasai manisnya duri-duri perjuangan. Manisnya saat ditentang. Manisnya bila dapat berlapang dada.

Sungguh.Kita dicipta bukan main-main.
2:30 dan 51:56

Berhentilah bergaduh.Berhentilah mengadu domba. Berhentilah memusuhi.Kita atas satu jalan.Meraih redhaNya.Mari.Tegakkan hak Allah yang perlu dipenuhi oleh makhluknya.

Moga Allah redha.T_T
Menanges.


Monday, November 5, 2012

Bergetar hatinya.

Bismillahirrohmannirrohim.

Allahumma solli ala Muhammad.

13: 34

Allah dah beri semua yang kita mintak.Kalau dihitungkan, mintak ampunlah,kita mmg sungguh2 tak mampu nak menghitungnya.

Kerana itu, Allah kata manusia tu sangat zalim.Suka ingkar dengan nikmat yang diberi.

Bangun pagi mengeluh sebab ada kelas.
Cuaca panas mengeluh sebab berpeluh.
Makanan tak sedap mengeluh lagi.
Mengeluh.
dan lagi.
dan lagi.
dan laaaaaaaaaaaaaaaagi.

Ok.Allah bagi hari baru masih tanak bersyukur?
nak di meninggalkan dari dunia ke?
Allah bg panas tanak bersyukur?
kalau hujan pun mengeluh lagi sebb baju tak kering2.
makanan ada pun still mengeluh.
hei.hei.untung lah ada.Afrika nun.mana nak cekup nasi goreng ayam?

Syukurlah.Allah hebat.Kita ni derhaka pun, Allah still lagi tundukkan matahari,pokok,dan semua makhluk yang ada dimuka bumi ini untuk kegunaan manusia.
matahari yang muncul waktu siang untuk kita jalankan aktiviti.
pokok yang sedia memberi oksigen atas arahan Allah.
Semua sekali lah senang cerita.

Ini semua reflek kepada diri aku jugak.
Kadang2 terlupa nak sebut Alhamdulillah atas segala nikmat.Seronot sgt,smpai semua pun balun terjerit2 semacam.Alhamdulillah kemana, syukur ke mana.ngaaa.pang.bagi sedar sikit. :)

Alhamdulillahillazi ahyana amatana wailaihin nusyur..

Salam cinta nak dekat abis ekzem.
061112

Tuesday, October 2, 2012

AdaMu

Allahumma solli ala Muhammad.Waala 'alihi wasahbihi wasallam.

Allah, hari ini sungguh menekan jiwa.
Allah, hari ini imanku sangat teruji.
Allah, hari ini juga, aku mengalir air mata kerana membencikan dia.

Allah,ampunkan hambaMu yang hina ini Allah.
Tak boleh kutahan rasa benciku ini.
Semoga Allah membuang kemeluatan ini.
Membuangkan rasa kebencian ini.
benci rasa benci ini.

Malam ini, melayankan lagu adaMu.
Megesankan.
megesankan.
T_T

Merenung keluar jendela
melihat kebesaranNya
mensyukuri segala nikmat
yang dikurnia Nya didunia

Kau berikan ku kekuatan
tuk berpegang pada jalan
walau penuh dengan cabaran
ku tahu ku adamu Tuhan

Kerna Kau yang Satu
yang setia bersamaku
dikala kujatuh
kubangkit kernaMu

ku tahu kuaadaMu
disisiku selalu
bantulah hambaMu mencari keredaanMu.

Ku tahu ku ada Mu.
Ku ada Mu selalu.


Kerna aku ini tak suka mengganggu hidup orang lain, maka timbal baliknya, sila jangan ganggu kehidupan aku yang lemah lagi menghinakan ini dimata kau.Bukan nak belagak baik bos.Aku sedang sangat cuba nak belajar jadi baik.Sumpah.Aku tak susahkan sesiapa.Cuma Allah tahu apa rasanya diperkatakan sebegitu rupa.Mogalah ini menjadi tarbiyah buat aku.Allah,kekuatan itu milikMu.

Ujian.

Sila rujuk 89: 15.
Bergembiralah mereka yang diuji! Allah telah memuliakan kalian!
Alhamdulillah tsummal hamdulillah!

Saturday, September 22, 2012

Mata yang meraih cinta.

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.Selawat buat Rasulullahku,para Ahlul Bait dan sahabat-sahabat baginda yang dikasihi.

Ohohoi..Rindu sangat nak menulis.Sangat.I meant it. Bukanlah aku ini sibuk sangat pun.Tapi itulah.Masa tu macam pedang.Kita tanak potong dia,dia akan potong kita guna pedang randik yang dia ada.Masa yang ada sememangnya laju bergerak macam bullet train.Subhanallah.Isi dengan benda berfaedah mungkin,jadi tak sempat lah konon.*ceh.angkat kening*

Update kali ini untuk nota ini.Aku takut lupa.Insaan nasiya.Kan.
Allah mencintai tujuh jenis mata yang ada pada manusia.Jenis acaner tu?

1) Mata yang berjaga malam kerana Allah
2) Mata yang selalu menitiskan airnya kerana takutkan Allah
3) Mata yang sentiasa memerhati dan memuji kebesaran Allah
4) Mata yang sentiasa bersabar atau menahan dari memandang perkara yang haram
5) Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kasih sayang
6) Mata mereka yang berusaha ke arah melaksanaan perintah jihad pada Jalan Allah
7) Mata yang memandang Al Quran dan membacanya untuk diambil pengajaran di dalam kehidupan.

Ok.sekarang cuba teka.kita jenis mana satu?
(^_^) Itulah.senang nak buat,tapi tak selalu buat kan.
Jom jadi baik.Jaga mata, jaga hati, Allah cinta,diberkati.Amin.

Sunday, August 5, 2012

Manjanya..

Ahai.
Orang sini-sini manja betul.
sakit hati pun post kat pesbuk.
clash pun post kat pesbuk.
buka ayam goreng pun post kat pesbuk.
bosan pun nak post kat pesbuk.

Kau tengok orang sana.
kalaulah mereka ada pesbuk, diorang post macam tu tak agak-agaknya?
Malu lah.
Mana pergi ntah semangat bersaudara.Ke kau tak rasa bersaudara dengan orang sana?
Kau bole nangis bila Chong Wei kalah.
Kalu bole nangis bila baca novel sedih.
Boleh kau bergenang bila tengok cerekarama yang meruntun jiwa.

Bila tengok mujahideen pegang senjata, kau boleh kata "buat apa nak berperang2.damai sajalah."
oh.Kau ingat mereka nak sangat ye peperangan jadi.
Kau ingat mereka nak sangat famili mereka disembelih, dirogol, dibakar, dibuang dalam tong sampah?
kau ingat mereka nak?
aha.
Manjanya.
Segan aku tengok.

Sekali lagi aku malu.
Umat ini memang begini kah?
Bila ada yang kempen boikot,kau kata ah.berapa sen sangat.Membantukah kalau memboikot?
Bila ada yang sedar dan nak ambil tahu hal ummah, kau kata ah.ramai lagi orang yang ambil tahu.apa sangat kalau aku tak ambil tahu.
Bila ada yang ajak untuk ambil tahu, kau kata ah.tak apa.aku kat sini amannn.tak ada perang.tak ada bom.tak ada posporus putih.

Bangun hei!bangun!
Kau ingat selamanya aman ke?
Kau ingat kita tak akan perang ke?
ha?

Sungguh.
Kalau macamtu fikiran kau.
Baiklah banyak istigfar.

Itu Saudara kita.
HEI!
Saudara kita.
Adik kita.
Mak kita.
Ayah kita.
sanggup kau tengok mereka dikelar.dibakar.
Saat melihat.Kasihannya.Oh.Sedihnya.
Lepas tu, boleh kembali bergelak ketawa dengan duniamu.
Hei.Dunia ini mainan sajalah!

Kasihan adikku.Abangku juga begitu..
Hancur jasadnya.
Hancur wajahnya.
Hanya kerana mereka mengaku Allah itu Tuhanku.
Muhammad itu Rasulullahku.

Allah...
benarlah sabda Rasulullah..
Akhir zaman ini ramai sekali ummatnya menjadi buih.
menjadi pasir.
Banyak namun sikit yang sedar..
Hidup untuk dirinya sendiri..Allah...

Berilah kefahaman bagi mereka yang belum faham ya Allah.
Berilah kesedaran bagi mereka yang belum sedar ya Allah..
Bangun lah ummat!
Beri bantuan pada keluargamu di sana!

Allah.Peliharakanlah umat ini.
Peliharakan Umat ini.

Sunday, July 29, 2012

Badar Warriors.

Mereka bergerak dengan penuh semangat.
Penuh keazaman dan keimanan untuk menyahut seruan jihad.
Kepekatan iman dapat mengatasi bilangan mereka yang hanya sedikit cuma.Ada apa dengan sikitnya ahli badar?Ah.Allah sudah janjikan syurga buat mereka.
Membawa pelepah tamar.Tak ada mesingan.Tak ada kereta kebal pun.
Hanya 2 ekor kuda dan 70 ekor unta.Kuda dinaiki oleh Az-Zubair bin Al-Awwam dan Miqdad Al-Aswat.Seekor unta pula dikongsi seramai 2-3 orang.Bahkan rasulullah juga berkongsi dengan Ali dan satu lagi ahli badar bernama Mirthad bin Abi Mirthad.
313 Badar Wariors.

17 Ramadan 2 Hijrah.
Punca air Badar sudah ditawan.Strategik sungguh idea yang dikurniakan Allah kepada Habab Munzir!Kawasan yang sangat baik menjadi pelan peperangan yang bijak.
Katibah (pasukan) dibahagikan kepada dua.

1. Katibah satu panji Muhajirin dipegang oleh Ali bin Abi talib.
2. Katibah dua panji Ansar dipegang Sa'ad bin Muaz.

Sayap kanan = Penunggang kuda Zubair bin Al-Awwam.
Sayap kiri    = Penunggang kuda Miqdad Al-Aswat.
Belakang     = Quis bin Abi sa'saah.

Siapa kata Islam tak hebat.
Siapa kata Islam tak kuat.
Individu muslim cetakan Rasulullah adalah tulang belakang umat Islam ketika itu. Logam mereka kuat sungguh hei.Semua.Semua sekali logamnya sangat membawa keuntungan buat Islam.

313 lawan 1000 musyrikin yang bongkak kesombongan.Turun malaikat membantu ahli Badar. Tak berhenti Rasulullah berdoa kepada Allah agar diberi pertolongan olehNya.
Kepala jatuh tanpa terlihat siapa yang memenggalnya.Tangan terkulai siapa yang memotongnya.
Subhanallah.

Allah.
Berikan kami semangat, sepertimana semangat yang telah Kau kurniakan kepada ahli Badar yang dijamin syurga ini.Berikan kemenangan buat Islam yang sekarang sangat dihinakan oleh kuffar.Menangkanlah ya Allah.Menangkanlah ya Allah.

Monday, May 14, 2012

yang penting kan usaha.:)



Hm.ye.Saya akan meninggal suatu hari nanti.
Saya tak mampu nk tulis buku.
Saya tak kaya nak sedekah banyak.
Cuma sesawang ini yang ada.
Semoga ia berguna.

Ada perkara berbangkit.Kenapa tukar Dp Pesbuk sama? Macam lah Israel nak ambil tindakan kalau semua orang pun pakai Dp sama.Israel berenti menjajah ke kalau semua orang ambil tahu pasal hunger strike ni?

Begini sahabatku yang dicintai.

Ingat tak kisah burung kecil yang berusaha membawa air untuk memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim?
Semua binatang cakap kat burung kecil tu."Buat apa lah kau simbah air burung.Takkan mati pun api itu kalau kau simbah, lagi-lagi dengan kudrat kau yang kecil itu."

Dan burung itu jawab.
"Aku bukan mahu api itu mati, aku cuma takut bila Allah mempersoalkan apa tindakanku untuk membantu nabi ini di akhirat kelak".
Kecil usahanya.Namun ia menyedarkan yang lain bahawa Allah itu akan mempersoalkan apa usaha kita untuk membantu agama ini.

Sekarang ni,kita dalam jalan dakwah dan tarbiyah.Dakwah tu bukan setakat kat masjid, dengar kuliah, pergi usrah, datang halaqah dan sebagainya.Eh, sapa kata tukar Dp tu bukan berdakwah?Tell me.*emosi*

‎''My current profile picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli prison service on the Palestinian prisoners. The logo on the right means "Shabas" and it is an abbreviation for the Israeli Prison Service. The purpose of changing this DP is just to spread the awareness about our brothers and sisters being imprisoned in Israel and currently on Hunger Strike.


Changing this DP cannot help them at all but one thing for sure is people will notice what is happening and perhaps all muslims can make du'a for them. That will change something.


You don't know before this? Now you know, and my DP's change is a success.''


Israel nak ambil tindakan ke tidak,itu terpulang.yang penting kita doakan aje mujahidin yang berlapar kat sana.Allah tak tgk dp pesbuk pun.Tapi sebenarnye ape usaha kita untuk ummah ini.
Nak buat,sila buat.Tanak buat, jangan mempersoalkan apa yang orang lain buat.*emosi lagi sekali* :D


Merdeka Palestina Merdeka.

Nakbah Palestina.



Apa eh sebenarnya nakbah?
Nakbah maksudnya malapetaka atau bencana besar.Nakbah Palestin pula merujuk pada pengisytiharan Negara Haram Israel yang diisytihar secara rasminya pada 15 Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk Palestin secara sistematik dgn bantuan British dan PBB.

Perasan tak?arini dah 64 tahun merekan merobek tanah sejarah anbiya itu.Kalau manusia, umur 64 tu da kira senja warga emas yang tinggal tunggu masa.

Kesan Nakbah.
- Nakbah menyebabkan negara Palestin hilang daripada peta dunia antarabangsa.
- Lebih daripada 60% rakyat Palestin iaitu 800 ribu daripada 1.4 juta diusir keluar negara dan 30 ribu lagi dihalau kedaerah-daerah yang ditakluki mereka.
- 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Testimoni Nakbah.Dimana?
Banyak sangat yang boleh menjadi testimoni.Menjadi saksi mata apa yang berlaku.

Arafat Hijazi, slh seorang saksi yang masih hidup menceritakan.
' Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebulah pisau lalau membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau nazinya yang mengerikan itu.

Realiti setelah 64 tahun Nakbah.
- Penjajahan masih berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih banyak tanah iaitu lebih 90% dari keseluruhan bumi Palestin.
- Penangkapan dam memenjarakan orang-orang Palestin yang tak bersalah dilakukan sehingga lebih dari 12 ribu orang Palestin meringkuk dalam penjara Israil Laknatullah.
- Sekatan ekonomi dirancang kemas, sehingga orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
- Anak-anak Palestin dinafikan hak belajar sehingga jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah sangat sikit.
- Rejim Zionis tak malu-malu telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat kehidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara terbesar di dunia.
- 6.45 juta rakyat Palestib adalah pelarian yang hidup penuh kedhaifan sejak 64 tahun lalu.Inilah kes pelarian lama yang paling perit dalam sejarah peradaban dunia.
- Penyiksaan terhebat di Gaza merupakan krisis kemanusiaan terhebat abad ini.
-Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstrimist Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Rancangan masapanjang si Laknatullah.
- Pengyahudian Baitulmaqdis dan pembinaan Kuil Yahudi 'The Solomon Temple'.
- Pembinaan Israel Raya atau 'The Greater Israel'.
- Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Bukti kegagalan Zionis.
- Mereka masih gagal membina The Greater Israel wlaupun sekian lama mereka menjajah Palestin.
- Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height ke tangan Syria
- Intifadhah menyebabkan meerundumnya ekonomi Israel dan hilangnya ' rasa selamat ' dikalangan orang-orang Israel.
- Penghijrahan 700 ribu orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara barat sejak tahun 2000.
- Generasi muda Yahudi tak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis
- Sokongan seramai 5 juta orang bersama Amerika dan sekutunya gagal walaupun menentang Gaza yang hanya mempunyai 1.5 juta penduduk.
- Perjuangan umat Islam semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan orang-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam seantero dunia.
- Sudah tentu gagal kerana Janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.



Ambil beratlah dengan masalah ummah. Ambil berat.
Malaysia memang aman dan damai.Tak rasa apa yang rakyat Palestin itu rasa.Cuba bayangkan kita tiba-tiba  tanah dirampas lalu adik beradik ditembak dan dilapah didepan mata.

Sekarang ni tengah berlangsung mogok lapar di penjara Palestin.Kental semangat mujahidin-mujahidin ini.Kita ni kononlah sibuk exam.Sibuk jaga pointer.apalah nak dibanding iktiraf dunia. Sudah-sudahlah mengobar status pasal diri sendiri.Dah sampai masa menjadi matang.Hey.Poyo pun poyo lah.Pointer tu bukan apa-apa,tanpa redha Allah. Ingat tu.

8.38.15052012
Masih mengejar semangat itu.

Saturday, April 21, 2012

Bangkit Jiwa Pemuda.






Kata Syeikh Ahmad Yassin.


Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah. tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh).
Aku bukan seorang penceramah yang lantang, mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (perlahan).


Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka  mengerakkan kerusi rodaku.


Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung umurku.


Aku,

yang di serang pelbagai penyakit dan di timpa berbagai penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah?
Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian semua telah mati binasa?
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah?
Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang dianiaya dan dizalami kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas.

Tidak adakah yang mahu di antara kalian, bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.
Tidak malukah umat Islam ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan.
Tidak malukah negara-negara umat Islam ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan bebanan kami.
Adakah pertubuhan-pertubuhan umat Islam ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan, 

“Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman!."
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami?
Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri dari musuh) dan akan mati bersama-sama kami, anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan!
Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah).

Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin.
Tugas membela kami terpikul di bahu kalian.
Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati.
Sesungguhnya Allah akan menghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami.

Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai peminpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu.. kami megadu kepadaMU… kami mengadu kepadaMu lemahnya kami dan kurangnya helah kami.

Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah tuhan kepada orang-orang yang lemah. Dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Ataukah kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah-darah yang tertumpah,
maruah yang ternoda,
kehormatan yang diperkosa,
kanak-kanak yang diyatimkan,
wanita-wanita yang di jandakan,
ibu-ibu yang kehilangan anak,
rumah-rumah yang diruntuhkan,
tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya, Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan umat kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami….”


Mengenang As-Syahid Sheikh Ahmed Yassin.

220412