Thursday, April 18, 2013

Praktikum.Masa menabur pahala atau masa sia-sia?

Bismillahirohmanirrohim.
Allahumma solli Ala Muhammad.
Wa ala aalihi wasohbihi Muhammad.

Allahu Allah.
Tetiba saja dah praktikum minggu ketiga. :)

Sekarang, baru aku tahu, mengajar itu bukan mudah.Bukan senang nak jadi cikgu, apetah lagi ustazah.
Ngaa.
Tapi Allah Maha tahu kan, apa yang terbaik untuk hambaNya.
*mata masuk habuk*

ok.
Selalu murobbiah aku pesan.Jadi pendidik adalah satu bonus untuk sebar cinta dan kasih manusia pada Pencipta mereka. Selalu dia pesan. Jadikan adat itu suatu yang bersyariat.

Adat : Mengajar, semata-mata kerana praktikum.Jadi cemerlang sebab nak dapat A utk obseb. Buat bbb sampai subuh sebab nak pengajaran gempak murid suka dan akhirnya murid beri hadiah masa perpisahan.

itu kah kita?Mari tukar jadi bersyariat.
heh.Allah kan kata.
Semua kerja bergantung pada niat.
Mari tukar niat nak mengajar kerana Allah. Nak bagi murid-murid kenal siapa Allah.Apa guna beragama dengan title Islam pada surat beranak kalo datang sekolah tak solat subuh.
Aku jatuh cinta dengan gelaran ustazah.
merasa 'izzah bila orang gelar aku begitu.
Sebab Allah pilih kita untuk jadi jentera penyebar tarbiyah.
Osem hoi.

Semalam aku nages.Merasa berdosa pada murid-murid.Salah aku lah masuk dengan rasa tak ada langsung mood.*berair mata*

Rasulullah tak pernah putus asa pun walau kena macam-macam dengan orang yang yang Baginda ajak.hai.Baru penat sikit dah tak de semangat.Puih betul aku ni.

Oleh itu.Doakan aku semangat selalu.Bukan saja semangat badan.Semangat besar dalam semangat dalam diri.hihi.

Bittaufiq budak sem lima.
lagi lima hari je.Masa untuk tabur dan kaut pahala semankin suntuk.
:)

No comments: