Saturday, September 22, 2012

Mata yang meraih cinta.

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.Selawat buat Rasulullahku,para Ahlul Bait dan sahabat-sahabat baginda yang dikasihi.

Ohohoi..Rindu sangat nak menulis.Sangat.I meant it. Bukanlah aku ini sibuk sangat pun.Tapi itulah.Masa tu macam pedang.Kita tanak potong dia,dia akan potong kita guna pedang randik yang dia ada.Masa yang ada sememangnya laju bergerak macam bullet train.Subhanallah.Isi dengan benda berfaedah mungkin,jadi tak sempat lah konon.*ceh.angkat kening*

Update kali ini untuk nota ini.Aku takut lupa.Insaan nasiya.Kan.
Allah mencintai tujuh jenis mata yang ada pada manusia.Jenis acaner tu?

1) Mata yang berjaga malam kerana Allah
2) Mata yang selalu menitiskan airnya kerana takutkan Allah
3) Mata yang sentiasa memerhati dan memuji kebesaran Allah
4) Mata yang sentiasa bersabar atau menahan dari memandang perkara yang haram
5) Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kasih sayang
6) Mata mereka yang berusaha ke arah melaksanaan perintah jihad pada Jalan Allah
7) Mata yang memandang Al Quran dan membacanya untuk diambil pengajaran di dalam kehidupan.

Ok.sekarang cuba teka.kita jenis mana satu?
(^_^) Itulah.senang nak buat,tapi tak selalu buat kan.
Jom jadi baik.Jaga mata, jaga hati, Allah cinta,diberkati.Amin.

No comments: