Thursday, January 19, 2012

Seni bulatan ukhuwah.


Menurut As-Syahid Imam Hassan Al- Banna, ukhuwah islamiyyah ialah keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain dengan ikatan akidah.

Antara hal-hal yang boleh menguatkan ukhuwah dalam ikatan ini adalah :

1. Memberi tahu kecintaan pada dia yang kita cintai.
-Ana uhibbuki fillah ya jamilah. (Prektis2.^___^)

2.Memohon didoakan bila tiba waktu berpisah.
-Usrah sebenar bukanlah sewaktu mulanya kita berbulatan. Ia sebenarnya bermula sewaktu kita tutup bulatan dengan Doa Rabitah. Sehingga pertemuan seterusnya, masatulah waktu untuk saling mendoakan. (Antunna,jangan lupa doakan ana supaya tak futur ditengah landasan ini.Amin.^____^)

3.Menunjukkan kegembiraan dan senyum bila berjumpa.
-Senyum tanda kasih sesama insan. Setiap perjumpaan yang Allah takdirkan, semuanya hebat dan osem belaka.Antunna tahu? (Heh.senyum sampai telinga.Ohh.comelnya antunna.hihi)

4.Berjabat tangan bila berjumpa (kecuali non-muslim)
-Kajian mendapati bahawa sentuhan akan mengeratkan kasih sayang. (Ops.Tapi ingat, salam dengan muslimah sahaja,sebab kita kan muslimah.hehe.)

5.Mengucapkan selamat berkenaan dengan kejayaan.
-Jangan lokek kredit bila akhowat mengutus mesej cinta.Beri semangat bersama-sama..Seronok tau bila semakin kita mengenali, semakin kita menjadi rapat.(sukanya ana bila dpt mesej antunna n___n)

6.Saling mengunjungi.
-ziarah antara satu amalan mengeratkan ukhuwah. Jangan tunggu sakit baru nak berziarah.Kekadang kita bole jadi rapat tahap tak ingat kalau sering amalkan sunnah rasul yang stu ini.xpercaya?cubalah.:)

7.Memperhatikan saudaranya dan membantu keperluannya.
-Antara kita ini, mesti mempunyai cerita kehidupan tersendiri. Ambil berat antara satu sama lain best tau. Macam kita rasa bila ada orang ambil berat pasal kita.

8.Memenuhi hak ukhuwah saudaranya.
-hak-hak sebagai saudara wajib dijelaskan supaya kita tak menjadi zalim. Hak yang sepertimana dalam keterangan adalah hak memuliakan, mendoakan, dan banyak lagi.(Mari melunaskan hak berukhuwah.^^)

Ukhuwah diraih dalam bulatan ini bukan kecil harganya. Allah pilih hati-hati yang terpilih saja untuk diisi dengan isian ukhuwah ini. Bagi yang berpendapat bahawa usrah perkara yang membosankan, cuba dalami erti berukhuwah. Dalam duduk berbulatan inilah baru kita dapat kenal diri kita sebenar. Kenal Pencipta, bukan hanya dengan cakap- cakap kosonh..Ada yang kata, "eh,poyonye sebut usrah.".Eheh, xape kalau xguna perkataan usrah pun. Usrah kan maknanya keluarga. Boleh je guna bulatan ke, famili day ke. Yang penting, bendanya sama. Hidup ini saaangat manis untuk dikongsi bersama. Saling mengingatkan, saling menguatkan. kan manis ukhuwah islam ni?

Ingat saya tak reti seni ke?tu. saya bersilat nak melukis untuk antunna tau.miahihihi.
Sayang antunna ketat-ketat. Tak saba nak jumpa.n__n

salam rindu sejuta lemon.

2 comments:

ummi said...

bulatan kami osem. bulatan anda bagaimana?

Khuzaimah said...

ummi,bulatan kami juga osem.

sangat2 super osem.^^