Thursday, February 2, 2012

sedar dan pilihlah.



Apakah tujuan Allah utus manusia ini kedunia?

a)untuk bermain game tanpa henti
b)untuk membuat kemaksiatan
c)untuk merosakkan bumi

ataukah untuk menjadi khalifah yang beribadat kepadaNya?


Pilihlah.Pilih.Kehidupan kita,pilihan kita.

Tahu ke tidak betapa Rasulullah dahulu menyampaikan dakwah penuh ranjau dan onak berduri? Tak tahu ke dulu-dulu sahabat-sahabat malahan Rasulullah sendiri ditindas,tak makan, mengikat perut dengan batu? Tak tahu ke betapa banyaknya pengorbanan Rasulullah yang hingga hidupnya dinafas yang paling akhir, baginda menyebutkan Ummati.Bukan sekali.Tapi 3 kali.Itu bermakna Rasulullah sangats sangat saaangat merisaukan umat baginda.Takkid kalau ikut nahu.

Masalah masakini adalah. Kita ni yang tak pernah pun risau pasal diri kita. Terus-terusaaan membuat pekerjaan seolah-olahnya esok kita dijamin hidup. Hey.Semua tanda kiamat da cukup. Da jelas semuanya. Tak takut?

13. (ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang Yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah Kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
 14. Orang-orang munafik menyeru orang-orang mukmin: "Bukankah Kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! akan tetapi kamu telah mencelakakan diri kamu sendiri (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). dan kamu pula diperdayakan oleh bisikan syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
57: 13-14

Dahulu kau mencelakakan dirimu sendiri.





Ya Allah.Ampunkanlah dosa kami.Ampunkan dosa kami.Berilah kekuatan untuk kami terus berada dijalan tarbiyah ini. Jangan Kau tinggalkan hati-hati kami ini Ya Allah..

Malu.Dan sesungguhnya.Aku tersangat malu...Mahukah Rasulullah memberi syafaat kepada umat baginda ini..Mahukah Rasulullah melihat wajahku di padang mahsyar nanti..

Allahu Allah.


No comments: