Thursday, May 19, 2011

hei2.mari berpantun!:)

omaiomai.comil bena lah kamu ini.

Bismillah.hm.arini rase nak berpantund lahh.(^^.)

Anak ayam diatas para,
para didalam kandang buaya,
salam sejahtera pembuka bicara,
moga semua sihatlah hendaknya.

Anak kekura minum teh boh,
teh boh pula dicampur halia,
jangan tidur selepas subuh,
berpagi-pagi amalan mulia.

Anak angsa ditepi taman astakona,
main bersama anak kak maya,
biarpun cemerlang,biarpun merana,
Exam dunia bukanlah segalanya.

Anak gajah menjawab falsafah,
jatuh terduduk soalan susah,
jangan takut jangan gelisah,
lepas usaha,kita tawakkallah.

Anak cicak naik buffalo,
takut dipukul dengan cemeti,
taip pantun sambil berneslo,
enak gila cecah dengan roti.

Anak bebiri nak jugak makan roti,
menyibuk sajalah bebiri ini,
falsafah sudah,pkk menanti,
lagi 3 paper,merdekalah kami.

Anak semut tersepit pintu,
tersepit pintu lalu pingsan,
Rahmat Allah jadi penentu,
kerana usaha tak menatijahkan keputusan.

Anak embok makan kerepek,
kerepek ubi segala bagai,
penat merambu,penat merepek,
aduhai.sudah2 la zai.

nanti dulu.nak pantun lagi.nak pantun lagi..

Anak keli berbaju meriah,
baju dibeli dikedai Lak Hak,
Rindu emak rindu ayah,
rasa nak balik sekarang jugak.

Anak bear duduk gelisah,
gelisah menunggu bebear betina,
ternampak-nampak senyuman ayah,
masakan mak terbayang kat mata.

nak balik.nak balik.T__T
ok2.setop lah.
selamat menuntut ilmu.
refresh niatnya.
semoga bermanfaat sampai bila-bila.:))


untuk akhirnya,
salam sayyidul Ayyam.(^o^)

4 comments:

Anonymous said...

pergh





pnjg gila pantun

Khuzaimah said...

ko jeles kan.




sila mengaku lah juniza mohd norsani.

ZAHIYYATUN said...

bes2...otak hg mmg superb la jue..

Anonymous said...

atun:napa lak otak aku?otak zai lar.



haha.