Sunday, May 22, 2011

Berlalunya..


Dengan namaNya,selawat dan salam buat kekasihNya, baginda Rasullah.Buat yang dirindui,moga dapat ketemuan.xsabar tunggu saat itu.

Tinta itu ditulis selepas selesai menjawab suatu kertas peperiksaan di sebuah maktab perguruan yang berlokasi di bumi yang aman dan damai, Malaysia. Kondisi dirinya agak kurang setabil,memandangkan suhu badan yang tidak menentu. Serabut. Faktor baka dan persekitaran turut mempengaruhi personaliti dia hari ini. sambil mendengar lagu wali band, dia mengetuk ngetuk papan kekunci laptopnya yang sudah kehilangan satu huruf akibat jenayah yang dilakukan oleh adiknya. lagu yang bertajuk harga diri itu memang menusuk tangkai jiwa. Dia sangat rindu keluarga.oh,walaupun lagu itu x berkait dengan keluarga.semalam, adiknya,razi menelepon.menanyakan hal kura-kura..eksaited sungguh pemuda berumur 8 tahun itu.katanya,mahu dikahwinkan kura-kura razi dengan kura-kura bangi.bia banyak anak-anak.

'dik, mane bole kahwinkan.belum sekufu.belum sampai masa',dia menasihati razi.

ape ni.cerita dah jauh menerawang.Dia termenung kearah tingkap. nampak jelas sekali bangunan gymnazium saidina hamzah didepan mata. Angin sepoi2 bahasa melayu tengahari ini..hatinya tiba-tiba berdebar, mengenangkan jawapan yang dijawab di dalam kertas peperiksaan yang telah dilalui. dewan itu sangat sejuk. tangan boleh dikisar untuk air batu campur kerana sejuk takat beku..meja sangat bergoyang,macam berdangdut sambil menulis rasanya. namun,dia harus bersyukur,kerana masih mempunyai meja.masih mempunyai dewan yang sesejuk musim salju di garisan khatulistiwa.

Dia masih berfikir mengenai hal itu. Mungkin baik sajalah mengalah. jangan berharap yang tinggi, nak jolok pakai galah pun x sampai..banyak hal lah dia ni.padahal masih berbaki dua kertas untuk keeesokan dan kelusaannya.moga Allah sudi bantu lagi dan lagi.Ya Allah,permudahkan lah urusan mereka.mudahkanlah,jangan Kau susahkan.Amin

mak,dia rasa nak rebah.mak kena tolong dia..dia rasa sangat tersepit.macammana ni mak..mungkin kali ini dia perlu berundur.jangan terusan menyusahkan.mak percaya dia boleh kan mak?

tenanglah hatinya.tenanglah jiwanya.moga berjaya..Allah ada. Allah ada selalu untuk dia.InsyaAllah.moga dia dikuatkan dan terus kuat.:)Amin.

No comments: