Monday, May 16, 2011

Falsafah Kematian


Assalamualaikum beloges tersayang. selawat dan salam buat junjungan mulia Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan sahabat baginda sekalian. Semoga semuanya terutama keluarga dan sahabat2ku tersayang dalam afiat yang baik dan dilindungi Allah sentiasa.

Pagi ini burung berkicau indah.Bintang-bintang masih berkemilau saat aku pulang dari sana. Subhanallah.sangat2 cantik.Lalu, waktu sibuk pun bermula. Alhamdulillah,lobang sudah dikambus.denyut2 comel masih terasa.Alhamdulillah,Allah masih ingat padaku...Jemah si kekura genit da selamat dikebumi.Dah 3 hari dia pergi..Jai kini menduda sorang2 dalam akoriom itu..jgn sesedih ye jai.kokja ade sini.


-awak-

kematian jemah meruntun jiwa.mungkin nampak biasa2 bagi sesetengan orang.

"oh.kekura je pun.sok beli baru ye"
"biasalah kekura,mana boleh idup lama"
"kura2 mati pun nak nages.mende la ko"

oh.dan banyak lagi komplimen mengenai pemergian adik angkat aku yang satu ini.terimakasih buat sahabat yang memahami.kerana ada masa kesedihan itu perlu dikongsi.

banyak ibrah yang bole aku ambil sepanjang menjaga si Jemah.dan kematian dia buat aku tersentap.mesti dia sakit.kan?

dia adalah haiwan.namun,bila dikias dan diambil ibrah,cuba pikir,camne lah kalo aku yang mati.dalam keadaan masih xsedia dengan amalan.dalam keadaan masih melagha dengan duniawi.belum boleh buang wahan dalam hati.cuba fikir.MasyaAllah..


mari kita search,camne sakitnya sakaratul maut.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang.” Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu.

Nabi Idris berkata: “Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya.” Kata malaikat maut: “Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun.”


Dah sedia menikmati kesakitan itu?
Dah sedia menjawab pertanyaan dua malaikat?
Dah sedia menanti malam pertama dengan mungkar dan nakir?
Aku belum.

Subhanallah..Dengan kura-kura itu, Allah menjadikan asbab untuk aku sedar.sesibuk mana pun manusia ini,ingatlah akan tiba hari nanti ia mati.dimandi dan dikebumi.dan apa yang tinggal? Sahabat yang tinggal bersama menemani selama-lamanya, amalan aku.oh.hina dina hamba ini.

falsafah pendidikan kematian : menjelaskan bahawa manusia itu boleh ditarik lesen kehidupan oleh Maha Pencipta bila-bila masa sahaja dan Allah memberikan amanah itu kepada malaikat maut bergantung kepada amalan manusia sepanjang kehidupannya menuju ke alam akhirat.

sekian.

nota kaki : Exam lama lagi..2 hari = 48 jam++..insyaAllah sempat nih.wohah~Mak baru telefon..mak2, selamat hari guru. maaf,mlm td kokja kol nak wish,tp mak da tdo rupenye.wuu..xpela.xsemestinya 16.5 je bole wish hari guru kan mak?hehe..

No comments: