Saturday, October 15, 2011

sahabat tak sama dengan kawan.

'Sebaik-baik sahabat adalah sahabat yang baik terhadap sahabatnya, dan sebaik-baik jiran adalah jiran yang baik kepada jirannya'- Hadis Riwayat Al-Hakim.


sahabat.

ade satu orang bijak pandai pesan pada anaknya.

"Anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut. :

- Jika kamu berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
- Jika kamu rapat bersahabat dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
- Jika kamu memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
- Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerima dengan baik.
- Jika dia menerima sesuatu kebajikan dan bantuan daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
- Jika kamu meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika kamu berdiam diri (kerana malu untuk meminta), dia akan bertanya kesusahan kamu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kamu.
- Jika kamu berkata kepadanya, dia akan membenarkan kamu,
- Jika kamu merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan.
- Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan yang buruk dan maksiat.
- Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Aku cuba. Aku cuba. Mungkin aku belum cukup baik. Jangan kecil hati.sbb yang kecil hati dua kali tak baik dari yang mengecilkan hati.

MySpace

ye.aku akan ingat ni sampai bila2 kawan.Aku takkan beritahu lagi..takkan lagi.terima kasih berkawan dengan aku.Maaf aku selalu menyusahkan.Aku memang camni.