Monday, October 3, 2011

Hati

'Kekurangan orang lain itu mungkin menjadi ladang pahala buat kita. Supaya kita dapat bersabar dengannya, berbuat baik padanya, memaafkan dia dan menutup aibnya'-Akuislam.com

sabarlah hati.kau jua punya kekurangan. Manusia lain boleh bersabar denganmu.mengapa tidak engkau?

Dengan nama Allah,yang memberikan kudrat kali ini. Moga tulisan ini tidak mengganggu sesiapa. Moga tulisan ini tidak lari dari landasannya. dan moga tulisan ini menjadi peringatan untuk aku yang nisyan ini.

Bermain dengan hati. Hati- hati bermain dengan hati.

Hati.
Hati itu ada empat jenis.Iaitu hati yang terang seperti lampu dan itulah hati orang mukmin. Hati yang hitam dan kusam, itulah hati orang kafir. Hati yang tertutup dan terikat pada tutupnya, itulah hati orang munafik. Dan hati yang berlapis, dimana ada terdapat sedikit keyakinan yang bercampur dengan kemunafikan. Perumpamaan iman didalam hati itu seperti tanaman yang tumbuh kerana disirami air yang baik. Dan perumpamaan sikap munafik didalam hati itu umpama luka yang terus diparahkan oleh nanah serta air yang berlendir. Mana diantara kedua-duanya yang berhasil menguasai hati, itulah yang akan menguasainya.-sabda Nabi s.a.w.

Apa rasa kena siram dengan air waktu berpanas-panasan ditengah padang?
mesti sejuk.segar.seronok.huhu.
Amatlah susah menjaga hati.
xada istilah ringan-ringan dalam dosa.
kan.
jadi,meh siram hati.kasi sejuk.kasi sejuk.

sebab itulah Allah menganjurkan kita berjalan.Tengok apa Allah cipta. Fikir. Bermusafir. Hilang serabut dalam kepala.dan ini series.:)


Broga Hill.Pagi ahad.sejuk.sesejuk hati-hati pendaki tak bertauliah.Aku merasakan bahawa inilah hari ahad paling berkualiti dalam hidup aku.keh2.ok.da tersasar ni.

Moga Allah jaga dan siram hati hati ini dengan rahmatnya.Amin.

notakakisendiri : usaha jadi diri sendiri seeloknya.Moga Allah kuatkan diri kamu.Allah bantu.^__^.mak.kokja balik minggu ni,insyaAllah.salam rindu.muahmuah.

No comments: