Wednesday, April 6, 2011

jangan menjauh.


Dengan nama Allah.




utusan ini buat dirinya.temanku. sahabatku. kawanku.

jangan jauh.
ukhuwah ini dibina atas rahmat dan rezeki Allah.
aku jadi asing bila kau jauh.tak biasa.nampak macam mengada-ada, tapi itu yang aku rasa.
orang pandang lain.
aku xkesah.
sebab aku kenal kau,
lebih dari mereka kenal kau.
biarlah mereka pandang lain.
kau tetap kawan aku.sampai bila-bila.
aku tak suka kalau kau jauh sebab kau punya masalah.
sebab tugas seorang kawan bukan hanya ada ketika senangnya dia, tapi juga waktu susahnya.
aku rasa dihargai bila kau mahu berkongsi masalah kau denganku. rasa sangat dihargai.
terima kasih mahu berkawan dengan aku.
.
.

apa lagi yang diperlukan dalam sebuah persahabatan
jika didalamnya terisi jutaan rahmat Tuhan.
tika menangis ada yang menenangkan.
bila gembira ada yang mengingatkan.
tika sakit ada yang mendoakan.
bila sihat ada yang meraikan.
Alangkah indah nya bersahabat..
lagi hebat jika diiringi perjuangan.

mungkin nmpak biasa-biasa.tapi berkawan dengan kau buat aku tahu dunia.
buat aku kenal hidup kat tempat orang ni macam mana.
buat aku merasa seorang ahli keluarga baru dalam hidup aku.
terima kasih kawan.

untuk kau kawan,
aku bukan kawan kau hanya diwaktu senang.
selagi kau mahu berkawan dengan aku.aku ada untuk engkau.jangan anggap aku ini asing.sebab aku sudah anggap kau macam keluarga aku.
biar apa orang kata.
aku tahu siapa aku.
aku juga tahu engkau bagaimana.

buat akhirnya.jangan menjauh dari aku.
kalo tak,aku nages.


tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktah.
kerana seorang sahabat itu terlalu istimewa,
dalam doa saudaranya yang lain biarpun tanpa bayangnya.

...
maka.mengalirlah air dicelah cermin mata.
sekian.

No comments: