Friday, February 25, 2011

Segarkan rohani.





Dengan menyebut nama Allah.Selawat dan salam buat Rasulullah Habibi junjungan mulia.
Allahumma solli ala saiyidina muhammad,

adik2,mari kita mulakan kelas pada hari ini dengan belajar satu doa.:)

Doa memulihkan hati yang terlalu sedih.

اللهم إني عبدك وابن عبدك وإبن أمتك ناصيتي بيدك ماض في حكمك عدل في قضاؤك أسألك بكل اسم هولك سميت به نفسك أو علمته أحد
من خلقك أوأنزلته في كتابك أو استأثرت في علم الغيب عندك أن تجعل القران ربيع قلبي ونور صدري وجعل ء حزني و دهاب همي

(Allahumma inni 'abduka wabnu 'abdika wabnu amatika naasiati biyadika maadhi fiyya hukmuka adlun fiyya qadha uka asaluka bikullismin hua laka sammaita bihi nafsaka au allamtahu ahadan min halqika au anzaltahu fi kitabika austa'sarta bihi fi 'ilmil ghaib indaka an taj'al al quraana rabii'aqalbi wa nura sadri wa jila a huzni wa zahaaba hammi)

maksudnya : Ya Allah, aku adalah hambaMu dan anak hamba lelakiMu dan anak hamba perempuanMu, ubun-ubunku berada di tanganMu, ketetapanMu berlaku ke atas diriku, keputusanMu adil bagiku. Aku memohon denganMu dan semua namaMu yang engkau gunakan bagi menyebut diriMu, yang Engkau turunkan di dalam di dalam kitabMu, yang Engkau ajarkan salah seorang daripada makhlukMu, yang Engkau simpan di dalam ilmu ghaib disisiMu agar Engkau menjadikan Al-Quran sebagai penyubur hatiku, cahaya dadaku, penghapus kesedihanku dan penghilang kecemasanku.

Abdullah melaporkan bahawa Rasulullah SAW pernah menyatakan sesiapa yang dilanda kesedihan dan kemurungan perlu membaca doa diatas. Menurut Baginda, sesiapa yang membaca doa ini, Allah pasti menggantikan kesedihannya dengan kegembiraan. Kemudian sahabat bertanya, sama ada mereka boleh mempelajari doa tersebut,lalu baginda membenarkannya. Malah Baginda menggalakkan sesiapa yang mendengar doa ini agar menghafalnya.

sumber: buku Terapi Ruqyah, tulisan Rohidzir Rais.

Alhamdulillah..oh.lamenye x berbual manje dengan belog ni.sebulan berperang dengan macam-macam hall duniawi. sekarang pun masih di medan tempur, dalam misi muallimah.aceceh.

Bulan Rabiul Awal kembali dengan diceriakan dengan selawat buat Nabi Muhammad saw. macam selalu sejak aku kecik kecik dulu dulu.
mak ayah akan bawak aku ke masjid kampung seri bunian untuk dengar ceramah sambutan Maulud Nabi. mak kata, kita kene ingat untuk selawat pada Rasulullah bukan je pade hari sambutan yang kena berarak dari surau kidol ke masjid lor. Hari hari pun kene selawat. Allah sayang orang yang sayang kekasih Allah.:)
mak kate..

harini, kami rakyat jelata IpGm KpI telah berarak dengan jayanya untuk sambutan kelahiran Rasulullah saw.Alhamdulillah..manisnya berukhuwah.oyeh.



tema :hitam.:D


(bunga manggar.rasa cam ari kawin ja.ahah)

Ayuh buktikan cinta dengan sunnah.

'Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak"
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Rasulullah bersabda : seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan ke masjid semata-mata untuk bersolat, maka setiap langak yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat,(langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut.
(riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Antara sunnah Rasulullah adalah menghidupkan masjid. oh, sambutan kali ini agak berbeza. Solat Dhuha perdana.Alhamdulillah.kalau hari-hari wat solat dhuha perdana, mesti makin rancak pesaingan kita dalam mencintai sunnah Rasulullah.kan?(^_^)

semoga aku,keluargaku,sahabat seperjuanganku tetap dipelihara Allah dalam segala urusan.amin.


urusan-urusan dunia : oh.walau itik sudah ilang satu batang gigi, tapi x pe.masih ade banyak gigi lagi yang bole digunakan.syukur la misi cantik itu baik.lebiu misi cantik.(^_-)
- rase nk tuka kos jadi cikgu prasekolah.aku suke budak2 tuh.wachaa!

sekian.kte tutup majlis dengan istigfar.
wasalam.
:)

No comments: