Friday, January 21, 2011

semua nikmat Allah..=)





بسم الله الرحمن الرحيم..

Dengan menyebut nama Allah,Tuhan sekalian alam.selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah Sallalahualaihi wasallam.

macam mana kalau tetiba Allah berfirman,

"sila jelaskan bil udara anda secepat mungkin"

wah.sudah tentu kita x mampu nak menjelaskan kesemua hutang2 tertunggak kita dengan Allah. sebenanye, xde hak langsung untuk kita x dengar apa Allah kata.sebab kita kan Allah punya.
kadang-kadang aku terfikir.Allah bg masa 24 jam untuk aku guna dalam sehari.tp brape minit sgt aku guna untuk fikir tentang Allah maha Indah..ohh..
macam mana nihh..

bijaknye nafsu memesongkan.liciknya syaitan menggoda.

" Dan katakanlah,'bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang mu'min. dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan'
Al-Taubah:105

bekerjalah kita sehari-hari..kekelas.ke kentin.ke masjid.ke perpustakawan.
ke bilik guru.ke bilik air.ke bilik tidur.tapi ingatlah.Allah sentiasa ada untuk melihat perbuatan kita..

paah kata, memandu kena baca doa.kena hatihati.jgn laju-laju cam nak drift.
(^_^)



satu perkongsian.ni adalah daripada buku ayah dari kampung yang aku pinjam dan buat harta kat sini.

ni la buku ayah.usang.tp sangat bermanfaat.

dari tanah Allah ciptakan..

Kepala Adam diambil dari tanah Baitul Maqdis,kerana disitulah beradanya otak manusia, dan disitulah tempat akal.
Telinganya dari Bukit Tursina, kerana ia merupakan alat mendengar dan memberi nasihat.
Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitulah tempat sujud kepada Allah.
Mukanya dari tanah Aden, kerana disitulah tempat berhias dan tempat kecantikan.
Mata dari telaga Al-Kautsar,tempat untuk menarik perhatian.
giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat bermanis-manis
Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk bekerjasama,berukhuwah sesama manusia
Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak
Perutnya dari tanah Khurasan, tempat lapar dan haus
Kemaluannya dari tanah Babylon,kerana disitulah tempat berahi dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia kelembah dosa
Tulang dari bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia
Dua kaki dari tanah india,tmpat berdiri dan berjalan
Hatinya dari syurga Firdaus,kerana disitulah tempat iman,keyakinan,ilmu, kemahuan
Lidahnya dari tanah Taif tempat mengucap syahadah,bersyukur dan bedoa kepada Allah..

Asal kejadian dari tanah.jadi mmg sangat-sangat tak patut la senang crita untuk kita mendabik dada atas segala nikmat.Tanah letaknya dibawah.tempat yang selalu orang buat pijakpijak.

"Maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang kamu dustakan?"
Al-Rahman-13

*bersyukur sebab Allah masih bagi peluang menyedut udara tanpa bayaran.bersyukur diberi peluang untuk berkawan dengan sahabat yang banyak membantu dan mengingatkan.bersyukur sebab diberinya Allah nikmat iman,islam dan akal yang sihat.Alhamdulillah..

jaga iman.kene selalu tutup aurat ok.
(n____________n)

feeling better.act better.
dan semua kembali kepada Allah,Tuhan Pemurah yang Maha Kaya dengan nikmat yang dilimpahkan.
semoga dapat bersyukur selalu.
InsyaAllah.

No comments: