Segala puji bagi Allah. Selawat dan salam buat baginda Muhammad s.a.w..
Rasulullah s.a.w telah bersabda :
ما تركت فتنة أضر على الرجال من النساء
Ertinya : Tidak kutinggalkan fitnah yang lebih dahsyat ke atas kaum lelaki selain perempuan.
Adakalanya wanita menjadi separuh dari kebahagian lelaki, manakala diwaktu yang lain, wanita yang sama mampu bertukar menjadi racun yang sangat berbisa baginya.
Senjata Fitnah Wanita
(1) Tarikan dan airmata.
-perempuan ini sifatnya seperti magnet. Lebih-lebih lagi bila tarikan itu diiringi senjatanya. Airmata perempuan mempunyai kuasa yang luar biasa. Senjata ini ada juga pada lelaki, namun bila perempuan yang menggunakannya ia akan mendatangkan kesan yang lebih. Maka,dengan cara yang salah. Ia menjadi fitnah.
(2) Aurat
-wanita yang menjadi fitnah adalah wanita yang tidak mampu menjaga auratnya. Rasulullah sendiri telah memperingatkan dalam sabda baginda yang bermaksud :
Perempuan itu adalah aurat. Setiap kali dia keluar dari rumahnya, maka syaitan akan memerhatikannya dan berkata : Sesungguhnya engkau tidak melalui seseorang melainkan engkau memperdayakannya.
Diberitahu dari seorang yang soleh, syaitan akan berkata kepada perempuan itu : Engkau adalah sebahagian dari tenteraku. Engkau adalah anak panah yang setiap kali aku lepaskan maka pasti akan mengenai sasarannya. Engkaulah tempat rahsiaku dan engkaulah utusanku pada setiap kepentinganku.
Ketika Cinta Menjadi Fitnah.
(1) Fitnah keindahan.
-wanita dicipta dengan serba serbi yang mengasyikkan. Keindahan semuanya dikaitkan dengan perempuan. Lambakan lagu-lagu zaman ini juga memuji-muji kecantikan dan keindahan seseorang perempuan.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w : ' Sesiapa yang duduk dan mendengar perempuan yang menyanyi, pada hari kiamat kelak telinganya akan disumbat dengan inik (benda cair)'.
Keindahan suara. Islam menegaskan kepada kita bahawa suara perempuan adalah aurat yang mesti ditutup dengan diam, kerana suara adalah kunci hati lelaki yang dapat membuka pintu untuk pelbagai fitnah. Kerana sebab yang sama, maka Allah melarang sama-sekali perempuan melembut-lembutkan suara dihadapan lelaki, sebab suara yang demikian mengundang reaksi tidak baik di hati yang menghidap penyakit.
Sehinggakan di dalam solat sekalipun, perempuan tidak diharuskan mengangkat dan meninggikan suaranya. Sekiranya imam tersalah, cukuplah menegur dengan menepuk tangan sahaja. Suara itu ditakuti mengganggu kekhusyukan orang lain.
(2) Fitnah Mata.
- Firman Allah s.w.t :
يعلم خائنة الاعين وما تخفي الصدور
Ertinya : Allah mengetahui penghianatan mata dan apa yang terselindung didalam hati.
Hubungan antara mata dan hati adalah hubungan yang sangat rapat. Kan selalu orang kata,dari mata terus ke hati.Yang menjadi fitnah itu bukan kerana mata perempuan itu yang dah tersedia indah, tapi bila lirikan mata yang mampu menjatuhkan orang lain, terutama lelaki.
Sebab itulah Islam menyuruh supaya jangan memandang yang bukan hak dan menjaga pandangan.Demikian juga wanita disuruh supaya tidak memandang lelaki dan mengelakkan diri mereka daripada dipandang oleh kaum lelaki. Ia mampu menjadi fitnah berganada iaitu kecantikannya yang menggoda hati lelaki dan lirikannya yang mengisyaratkan apa di dalam hatinya.Kerana pandangan itu lamanya cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal dalam hati sepanjang hayat.
(3) Fitnah Rambut
-Rambut yang mendatangkan fitnah dan keinginan lelaki adalah yang dicantikkan sengaja untuk mencari tumpuan mereka. Oleh sebab ia mendatangkan fitnah lah,Islam menyuruh wanita memakai tudung. Dan dalam keadaan tertentu, adalah lebih baik berniqab. Dengan menutup rambut ini, kaum lelaki akan terpelihara dari dosa dan fitnah,juga menjadikan wanita itu dalam posisi selamat dari lelaki yang berpenyakit dalam hatinya.
Namun, seperti yang diketahui ramai, fenomena bonggol unta semakin rancak menjadi tumpuan. Banyak je rambut-rambut tiruan yang dijual dikedai-kedai. Siap pasangkan sekali kat anak tudung. Ingat tak ada satu hadis nabi yang berkata mengenai menyambung rambut. Mafhumnya, Siapapun wanita yang menambahkan rambut yang bukan bahagian dari dirinya dikepalanya, maka ia adalah suatu kepalsuan yang ditambahkan keatas rambut-rambut itu. Cantik ke pakai sanggul tinggi-tinggi?
Dan sebenarnya, ini hanyalah sebahagian sahaja daripada banyak lagi yang menjadikan wanita itu suatu fitnah. Sebagai perempuan, jagalah diri dari menjadi fitnah lelaki. Kita jaga diri kita, dalam masa yang sama kita pun boleh bantu mereka menjaga diri mereka.
Antara Sumber : Fitnah Wanita, Abdul Mun'im Qindil.
Wanita solehah ibarat mawar berduri. Kelihatan cantik dan lembut, namun bila didekati lelaki yang bukan hak, durinya menjadi perisai untuk memelihara diri.
Wahai muslimahku, jangan kau tumpulkan durimu itu. Kerana lelaki soleh hanya akan memilih mawar-mawar yang tajam durinya.
moga menjadi mawar yang tajam durinya.
amin.
(^_^)
No comments:
Post a Comment