Monday, December 6, 2010

(^^.) salam Maal Hijrah.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, segala puji-pujian itu bagi Allah,pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w dan di atas keluarganya dan para sahabat-sahabatnya sekalian.

ya Allah,Engkaulah yang kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah ini, sesungguhnya tahun baru telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang sering mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kepada engkau.

Ya Allah,
Tuhan yang mengubah segala keadaan,
ubahkanlah kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang Maha Tinggi.
wahai Tuhan, kurniakanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa api neraka.

Amin ya Rabbal Alamin..
perkenankan doa kami ya Allah
perkenankanlah
perkenankanlah..

tahun berganti..muharam kembali lagi. da 1432 tahun Rasulullah berhijrah.suatu perjalanan sukar buat umat Islam pada awal penyebarannya..
aku.
ape yg berubah sejak hidup hampir nak dekat 2 dekads ni?persoalan yang mungkin bole merubah diri.InsyaAllah..
.biar sikit,tapi msti istiqamah.

hidup mesti berjihad!yeh!
smoga tahun ini membawa berjuta keberkatan dan kerahmatan Allah dalam kehidupanku,keluargaku,sahabar-sahabatku serta umat Islam serata dunia.amin.

yang penuh berharap,
.aku.

salam maal Hijrah.kullu Amin wa nahnu bilkhair insyaAllah.

No comments: