Sunday, January 10, 2010

Fadhilat memotong kuku..


salam..
nak hupdate sekejap lah..
mengenai potong kuku.hehe..mebi semua da biasa dengar kot..tp tak apa lah,saja nak berkongsi dengan sesiapa yang berminat..

Rasulullah bersabda,sesiapa yang memotong kukunya pada:

Hari sabtu : nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan masuk ke dalam badannya penyakit

Hari ahad : nescaya keluar darinya kekayaan dan masuk kemiskinan

Hari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila masuk kedalam badannya sihat

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu : Nescaya masuk kepadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis : Nescaya keluar darinya gila dan masuk sihat

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dia dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Oleh itu,sunat dipotong pada hari isnin,khamis dan jumaat..

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan,kemudian tangan kiri,diikuti kaki kanan dan diakhiri dengan kaki kiri.

Menurut Imam Nawawi,sunat memotong kuku dari jari tangan kanan keseluruhannya, bermula daripada telunjuk hingga ke kelingking dan di ikuti dengan ibu jari.
Kemudian tangan kiri pula dari jari kelingking ke ibu jari.

kuku kaki pula,bermula dari kaki kanan.dari kelingking ke ibu jari dan kaki kiri dari ibu jari kekelingking..
formula=potong ikut bentuk huruf 'm'

selesai memotong kuku,haruslah membasuh tangan.ada pendapat,tabiat menggigit jari mewarisai penyakit kusta.jadi,jangan la gigit jari..hehe..
menyimpan kuku sehingga panjang pula mewarisi tabiat haiwan.x elok tuh..

Harapnya, maklumat ni dapat lah membanti sedikit sebanyak..
Islam agama yang penuh hikmah.
kebersihan kan sebahagian daripada iman..=)
sekian,
ustazah zai..
..amboi..















No comments: